Dalam kepelbagaian, kita bersatu. In unity, we celebrate.
Sempena bulan kemerdekaan, BUSANA @ MENARA MARA menjemput anda untuk bersama-sama memeriahkan Semarak Merdeka 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Daripada permainan tradisional dan pertandingan mewarna, hinggalah kepada ganjaran istimewa untuk para pembeli serta bazar yang menampilkan produk dan citarasa tempatan .
📍 Lokasi: BUSANA @ MENARA MARA
Jom semarakkan semangat Merdeka, raikan kepelbagaian dan sokong produk tempatan bersama-sama di BUSANA @ MENARA MARA!
Happy Hour 2026 – Terma & Syarat Tebusan GanjaranÂ
Tarikh Kempen:Â 1,8 & 15 September 2026
Terma & SyaratÂ
- Hadiah dan/atau ganjaran hanya boleh ditebus sepanjang tempoh kempen HAPPY HOUR sempena dengan Program Semarak Merdeka di BUSANA @ MENARA MARA sahaja.
- Penebusan boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pelanggan, Aras 1 setiap hari sepanjang tempoh program, dari jam 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang sahaja.
- Penebusan HAPPY HOUR adalah terhad kepada 1 TEBUSAN setiap pelanggan, setiap hari.
- Penebusan hanya sah dengan resit asal daripada pembelian yang dibuat di outlet dan/atau vendor BUSANA @ MENARA MARA yang mengambil bahagian dalam program. Resit bagi pembayaran bil, tambah nilai (top-up), pembelian kad hadiah, baucar tunai atau mana-mana transaksi lain yang ditentukan oleh pihak Pengurusan sebagai tidak layak tidak akan diterima bagi tujuan penebusan.
- Pembeli dikehendaki menyediakan maklumat peribadi yang diperlukan bagi tujuan pengesahan, rekod dan pentadbiran penebusan. Sebarang pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan penyimpanan data peribadi akan dilaksanakan selaras dengan Notis Perlindungan Data Peribadi MARA Incorporated Sdn. Bhd. (“MARA INC”) serta undang-undang dan peraturan yang terpakai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Notis Perlindungan Data Peribadi MARA Inc. yang boleh diakses di https://marainc.my/
- Kakitangan penyewa atau mana-mana kakitangan yang bekerja di premis perniagaan BUSANA @ MENARA MARA tidak layak menyertai cabutan atau menebus ganjaran HAPPY HOUR sebagai pelanggan.
- Hadiah cabutan HAPPY HOUR adalah tertakluk kepada perubahan dan boleh diganti atau dipinda dari semasa ke berdasarkan keputusan dan pertimbangan pihak pengurusan BUSANA @ Menara MARA.
- Hadiah dan/atau ganjaran boleh terdiri daripada baucar fizikal dan/atau produk fizikal.
- Hadiah dan/atau ganjaran tidak boleh dijual semula, dipindah milik atau ditukarkan kepada wang tunai, barangan atau hadiah lain, kecuali jika diputuskan sebaliknya oleh pihak Pengurusan atau dibenarkan di bawah terma hadiah berkenaan.
- Gambar yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Hadiah atau produk sebenar mungkin berbeza daripada gambar yang dipaparkan dalam bahan pemasaran, termasuk dari segi warna, saiz, model, reka bentuk atau spesifikasi.
- Pengurusan berhak untuk menuntut bukti pembelian dan/atau maklumat tambahan yang munasabah bagi tujuan mengesahkan kelayakan penebusan sebelumum Ganjaran HAPPY HOUR diberikan.
- Keputusan pihak Pengurusan berhubung kelayakan, pengesahan dan pemberian hadiah dan/atau ganjaran HAPPY HOUR adalah muktamad. Sebarang bantahan, pertikaian, aduan atau surat-menyurat lanjut berhubung keputusan tersebut tidak akan dilayan atau dipertimbangkan oleh pihak Pengurusan, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang
- Pihak Pengurusan berhak menolak atau membatalkan mana-mana penebusan sekiranya didapati bahawa penebusan tersebut tidak memenuhi terma dan syarat program, termasuk sekiranya bukti pembelian tidak lengkap, tidak sah atau tidak dapat disahkan.